• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Buat Lawatan Rasmi Ke P.Pinang

oleh
27/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Pulau Pinang bermula esok.

Dalam satu kenyataan di sini malam ini, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata baginda berdua dijangka berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 1.15 tengah hari esok.

Beliau berkata sejurus ketibaan, baginda berdua berkenan menerima menghadap Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Pada sebelah malam, baginda berdua akan diraikan oleh kerajaan negeri pada Majlis Santapan Malam yang dijangka turut dihadiri Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff.

Pada Jumaat, Sultan Nazrin berkenan untuk mengurniakan watikah kepada 10 anggota Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta 24 hakim dan pendaftar Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Baginda kemudian dijadualkan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sungai Gelugor sebelum berangkat ke ibu negara bersama-sama Tuanku Zara.

“Sesungguhnya patik mewakili sekalian hamba rakyat negeri Pulau Pinang menjunjung kasih ke atas perkenan Tuanku berdua serta mengampuni untuk berangkat mencemar duli ke negeri Pulau Pinang.

“Keberangkatan ini sesungguhnya merapatkan hubungan di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di samping mengukuhkan lagi institusi diraja dan kalangan hamba rakyat,” kata Ahmad Zakiyuddin. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Sultan Perak Jalankan Fungsi Agong

18/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd