• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sekatan Barat Punca Masalah Ekonomi Sudan”

oleh Haris
26/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKATAN ekonomi Barat ialah punca kesukaran yang dihadapi Sudan, kata presiden negara itu pada Selasa, pada masa protes menuntutnya berundur semakin meningkat.

Televisyen kerajaan Sudan melaporkan Omar al-Bashir bercakap kepada penduduk sebuah kampung dekat Khartoum yang ada pensabotaj dan agen asing yang mahu menyekat pembangunan Sudan.

Bashir berkata pengkhianat, agen dan tentera upahan telah merosakkan ekonomi Sudan. “Sudan mengalami masalah ekonomi kerana sekatan Barat,” katanya.

Pasukan keselamatan Sudan menyuraikan satu protes besar-besaran di istana presiden pada Selasa, menurut saksi.

Ribuan peserta demonstrasi berarak dari jalan al-Qasr ke ibu pejabat presiden menuntut Bashir meletak jawatan, kata saksi.

Polis menggunakan gas pemedih mata terhadap orang ramai yang memprotes.

Dilaporkan puluhan yang terlibat ditahan.

Pada Isnin, Bashir, yang telah berkuasa sejak berjaya merampas kuasa pada 1989, berkata beliau sedia melaksanakan pembaharuan sebagai reaksi kepada protes yang semakin merebak itu.

Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh sejak protes bermula di beberapa negeri minggu lepas.

Negara berpenduduk 40 juta ini kehilangan sumber utamanya, minyak pada 2011 apabila Sudan Selatan merdeka.

Sudan Selatan ialah lokasi tiga perempat sumber minyaknya.

Amerika Syarikat mula mengenakan sekatan terhadap Sudan pada 1997 kerana didakwa menyokong terorisme tetapi berjanji menamatkannya pada Januari. – MEM

Tags: Omar al-BashirProtes SudanSudan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gencatan Senjata Di Sudan Selama Tujuh Hari

Gencatan Senjata Di Sudan Selama Tujuh Hari

04/05/2023
0

KHARTOUM - Angkatan bersenjata Sudan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari - yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Antara Kerajaan...

Hanya Fikir Mati Syahid – Pelajar Malaysia Di Sudan

Hanya Fikir Mati Syahid – Pelajar Malaysia Di Sudan

28/04/2023
0

SEPANG: “Kalau saya mati, saya hanya fikir mati syahid,” kata Abdul Rahman Mohd. Nuh, 25, pelajar Malaysia di Sudan. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd