• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaun Silkstone Barbie Eksklusif Dari Bintulu

oleh
26/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Sejak beberapa tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini boleh tersenyum puas apabila gaun patung Barbie jahitannya sentiasa mendapat tempahan serta permintaan pengumpul anak patung itu terutama dari Amerika Syarikat.

Erpha Ahdayani Othman, 41, sememangya mengagumi kehalusan serta keindahan pakaian anak patung sejak kecil lagi, malah beliau pernah ‘curi-curi’ menggunakan mesin jahit ibunya bagi menghasilkan gaun anak patung ketika baharu berusia 10 tahun.

Berkongsi pengalaman kepada Bernama, Erpha berkata beliau memberi tumpuan menghasilkan gaun anak patung jenis ‘Silkstone Barbie’, bukan patung mainan biasa untuk kanak-kanak sebaliknya ia adalah ‘collector’s items’ dan bersifat lebih ekslusif.

“Minat menjahit gaun anak patung ini sentiasa ada dalam diri, tetapi hobi ini sudah lama ditinggalkan namun beberapa tahun kebelakangan ini saya asah kembali kemahiran menjahit gaun anak patung Barbie ini. Bukan itu sahaja, setiap gaun yang dihasilkan saya buat rekod dari segi ukuran serta rekaan,” katanya.

Menurut Erpha, sejak kembali aktif menjahit, dia sudah menghasilkan ratusan gaun Silkstone Barbie dengan pesanan terbesar di terima dari pelanggan di Amerika Syarikat.

“Menjahit gaun yang kecil perlu ada kemahiran, sekiranya tersilap satu milimeter (mm) gaun tersebut akan jadi besar. Saya boleh siapkan sehelai gaun dalam tempoh sehari namun tumpuan perlu diberi sepenuhnya semasa menjahit, pola jahitan perlu betul supaya mutu pakaian terjaga,” katanya.

Erpha yang berasal dari Kampung Dagang, Bekenu, selain teknik jahitan jenis fabrik yang digunakan juga perlu diberi perhatian dalam setiap tempahan.

“Saya gunakan pelbagai jenis fabrik termasuk kain sutera dan kapas. Jenis fabrik yang digunakan perlu mengambil kira warna sama ada gelap atau terang yang akan mempengaruhi semasa menjahit.

“Selain itu pensil mekanikal yang digunakan juga perlu terang supaya ‘stroke’ nanti jelas supaya tidak terlebih potong atau terkurang,” katanya.

Berkongsi rahsia menghasilkan gaun yang mampu menarik perhatian pelanggan, Erpha berkata jenis fabrik dan corak juga memainkan peranan penting supaya hasil jahitan sesuai dengan anak patung Silkstone Barbie.

“Antara rekaan gaun yang biasa saya hasilkan ialah ‘pencil skirt’ dan ‘vintage dress’ ataupun ‘classic dress’. Setiap satu gaun yang saya hasilkan dijual antara harga RM150-RM200, harga juga bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan.

“Pereka pakaian anak patung tidak ramai, rekaan mungkin sama tetapi jenis fabrik yang digunakan serta hasil jahitan yang membezakan hasil tangan setiap tukang jahit,” katanya mengakhiri temu bual. – BERNAMA

Tags: barbie
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie

Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie

04/07/2023
0

HANOI – Pihak berkuasa Vietnam mengharamkan tayangan filem Hollywood, Barbie selepas lembaga penapisan filem menyatakan ia memaparkan adegan peta Laut...

Margot Robbie Pegang Watak Barbie Dalam Filem

10/01/2019
0

NEW YORK - Aktres Australia, Margot Robbie akan memegang watak anak patung ikonik Mattel, Barbie dalam filem aksi hidup pertama,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd