• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Pendaki Sesat Bukit Bendera Ditemui Selamat

oleh
26/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sembilan pendaki termasuk dua wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Bendera petang semalam berjaya ditemui dan dibawa turun dengan selamat awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata semua mereka termasuk tiga warga emas itu berjaya ditemui oleh pasukan bomba pada pukul 1.09 pagi dalam kawasan hutan Bukit Bendera.

Sembilan mangsa yang terlibat dikenali sebagai Lim Sang Yang, 51; Cheng Chang Hua, 61; Chan Che Chen, 60; Yap Heng Leong, 39; Ho Cheng Meng, 60; Eng Gin Weh,18, dan Tam Han Gen, 33, serta dua wanita Tan Kah Oii, 24, dan Ambika, 35.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada seorang daripada sembilan individu itu pada pukul 7.27 petang memaklumkan mereka telah sesat di kawasan Bukit Bendera dan kami terus melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

“Kami berjaya mengesan semua mangsa pukul 1.09 pagi dan mereka juga boleh mendengar isyarat siren dari kami, mangsa kemudiannya membuat nyalaan unggun api sementara menunggu pasukan penyelamat tiba di lokasi,” katanya di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu, semua pendaki berjaya dibawa turun ke Dataran Bukit Bendera dengan selamat menggunakan kenderaan pacuan empat roda pada pukul 5.20 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya.

Katanya pemeriksaan awal mendapati sembilan pendaki itu dalam keadaan baik, namun keletihan selepas gagal mencari jalan untuk turun.

Sementara itu seorang mangsa, Han Gen berkata mereka mula mendaki Bukit Bendera pada pukul 5 petang dan menggunakan laluan pendakian yang selalu digunakan pendaki di situ.

Namun, katanya selepas lebih dua jam mendaki, mereka menyedari telah tersesat kerana gagal mencari laluan yang sepatutnya untuk turun ke kaki Bukit Bendera sebelum beliau mengambil keputusan untuk menghubungi pihak bomba.

“Kami tidak tahu macam mana boleh sesat kerana ada dalam kalangan kami memang sudah biasa dengan laluan di Bukit Bendera. Terima kasih pihak bomba bantu bawa turun kami dengan selamat,” katanya.- BERNAMA

Tags: pendaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

28/07/2023
0

GENEVA : Rangka manusia yang dipercayai seorang pendaki Jerman yang dilaporkan hilang ketika mendaki di gunung Matterhorn pada 1986 sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd