• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Puas Hati Punca Gaduh Di R&R Gambang

oleh
25/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis hari ini mengesahkan rasa tidak puas hati sebagai punca pergaduhan antara kakitangan gerai di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini, dengan pemandu bas ekspres yang videonya tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisoner, Mohamad Noor Yusof Ali berkata, laporan polis oleh kakitangan gerai mendakwa berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka dengan pemandu bas, namun tidak menyebut ada memukul pemandu bas itu.

“Polis juga menegaskan kejadian itu bukan melibatkan pergaduhan antara kaum seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya disebabkan rasa tidak puas hati pihak terlibat,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Noor menambah setakat ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau menambah polis juga telah mengenal pasti lima individu terlibat dalam kejadian itu, dan tangkapan berkemungkinan dilakukan dalam masa terdekat.

Pemandu bas itu juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Kuala Terengganu, Terengganu, katanya.

Video berdurasi seminit 48 saat itu yang tular hari ini, menunjukkan pergaduhan antara kakitangan R&R dengan seorang pemandu bas ekspres yang dikatakan berlaku pada pukul 1.30 pagi, semalam.

Pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) Anih Berhad dalam kenyataan media hari ini, mengesahkan sedang menjalankan siasatan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas kakitangan terlibat, jika disabitkan bersalah. – BERNAMA

Tags: LPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tedung Selar Empat Meter Dalam Bilik Tidur Warga Emas

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'superman' yang dirakam dalam klip video tular memaparkan beberapa...

Agong Pandu, Redah Banjir Lawat Mangsa

05/01/2021
0

MARAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli menziarahi mangsa banjir di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd