• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemancing Dilapor Hilang Di Mersing Ditemukan Lemas

oleh Ahmad Albab
25/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pemancing yang dilapor hilang ketika berenang untuk kembali ke pantai ketika air pasang di pantai Kampung Seri Pantai, dekat Mersing, dua hari lepas, ditemukan lemas di tepi pantai itu, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing ASP Mohd Nor Mohd Isa berkata mayat Sudirman Mohamad, 38, ditemukan orang awam terdampar di persisiran pantai berhampiran sebuah resort di Teluk Iskandar, kampung berkenaan kira-kira 11 malam tadi.

“Mayat mangsa kemudian dibawa dari lokasi penemuan terbabit ke Unit Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat.

“Mayat telah dicam oleh anggota keluarganya sebagai Sudirman Mohamad yang hilang di pantai Kampung Seri Pantai pada 23 Dis lepas (Ahad),” katanya yang dihubungi hari ini.

Mohd Nor berkata bedah siasat mengesahkan punca kematian Sudirman akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Terdahulu, Sudirman dilapor hilang selepas cuba menyeberang dari Batu Sirik (kawasan berbatu) yang terletak kira-kira 250 meter dari kawasan pantai berkenaan untuk kembali ke daratan bersama seorang rakannya.

Sudirman bersama rakannya telah pergi ke lokasi berkenaan pada 7.30 malam ketika air surut bagaimanapun, ketika mahu pulang pada kira-kira 10.20 malam, kedua-duanya menyedari air laut mulai pasang. – BERNAMA

Tags: lemasPemancing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd