• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suasana Makin Tegang Di Sudan, Protes Masuk Hari Kelima

oleh Haris
24/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PROTES di beberapa lokasi di Sudan memasuki hari kelima pada Ahad, dan laporan terbaru menyebut para doktor bersedia untuk turut serta memprotes pemerintahan Presiden Omar al-Bashir.

Laporan media antarabangsa menyebut kenaikan harga roti sebagai satu punca, tetapi kenaikan harga keperluan ini hanya salah satu sebab, dan protes menyaksikan pembangkang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan presiden yang sudah berkuasa selama tiga dekad itu.

Dilaporkan 12 orang sudah terkorban sejak protes bermula pada Rabu minggu lalu, sejurus selepas kerajaan menaikkan harga roti dari 1 pound Sudan kepada 3 pound.

Sudan telah beberapa tahun mengalami krisis ekonomi disebabkan ketiadaan sumber minyak selepas kemerdekaan Sudan Selatan dan sekatan ekonomi.

Pemerhati berpendapat rakyat mahukan perubahan kerana kecewa dengan pentadbiran negara yang dilihat gagal membela nasib rakyat.

Pada Ahad, penduduk Um Rawaba, 200km dari Khartoum memberitahu agensi berita AFP seramai 600 orang bersorak di sebuah pasar menuntut “rejim pemerintah dijatuhkan.”

Para demonstran membakar tayar dan ranting kayu di jalanan dan cuba menyerbu sebuah bangunan kerajaan tetapi dihalang pasukan keselamatan.

Di Atabara, 300km dari ibu negara, pasukan polis antirusuhan melepaskan gas pemedih mata ke atas peserta protes, menurut saksi.

Polis juga menembak gas pemedih mata ke atas peserta protes di Khartoum yang menyekat sebuah jalan utama di tengah bandar.

Sudan dijadual mengadakan pilihan raya presiden pada tahun 2020, dan Presiden Bashir yang akan menamatkan dua penggal sebagai presiden tidak layak bertanding menurut perlembagaan, tetapi beliau dilihat cuba meminda perlembagaan untuk membolehkannya bertanding.

Pembangkang kini dipimpin Sadiq al-Mahdi, bekas perdana menteri yang kali terakhir menjawat jawatan itu pada 1980-an sebelum digulingkan pada 1989.

Mahdi kini mengetuai Parti Ummah kembali ke Sudan pada Rabu lalu selepas melarikan diri dan menetap di London selama hampir setahun. – Agensi

Tags: Omar al-BashirSudan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gencatan Senjata Di Sudan Selama Tujuh Hari

Gencatan Senjata Di Sudan Selama Tujuh Hari

04/05/2023
0

KHARTOUM - Angkatan bersenjata Sudan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari - yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Antara Kerajaan...

Hanya Fikir Mati Syahid – Pelajar Malaysia Di Sudan

Hanya Fikir Mati Syahid – Pelajar Malaysia Di Sudan

28/04/2023
0

SEPANG: “Kalau saya mati, saya hanya fikir mati syahid,” kata Abdul Rahman Mohd. Nuh, 25, pelajar Malaysia di Sudan. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd