• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Anggota Polis Antara 15 Disoal Siasat Kes Kematian SB

oleh Cj Mnh
24/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis telah merakam keterangan 15 individu termasuk lima anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian kes seorang anggota polis Cawangan Khas yang ditemukan mati dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan hotel di Pulau Tikus, di sini pada 17 Dis.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A.Thaiveegan berkata 10 individu yang dirakamkan keterangan itu terdiri daripada orang awam yang dipercayai mempunyai maklumat dan berada di lokasi semasa insiden yang menimpa Koperal Sofian Shahari, 47 tahun.

“Polis akan memanggil beberapa lagi saksi kemungkinan dalam 10 orang lagi yang terdiri daripada orang awam untuk direkodkan keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu, tiada lagi anggota polis yang akan dipanggil kerana lima orang yang berada bersama si mati telah diambil kenyataan mereka.

“Kertas siasatan kes itu dijangka dapat dilengkapkan minggu hadapan dan selepas itu ia akan diserakan kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,”katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Shinichiro Kanoya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Katanya lima anggota polis berusia 40 hingga 50-an yang sebelum ini ditahan membantu siasatan kes itu dan turut positif dadah telah ditukarkan serta merta ke bahagian Lokap Berpusat.

Thaiveegan berkata setakat ini pihak polis juga masih belum menerima laporan akhir daripada Jabatan Kimia berhubung kes berkenaan.

“Kami akan mempercepatkan siasatan kes ini dengan memanggil saksi-saksi kejadian dalam masa terdekat dan saya minta orang ramai tidak terus membuat spekulasi serta biar polis jalankan siasatan terperinci,”katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mayat mangsa, iaitu anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut ditemukan oleh seorang pekerja hotel dalam keadaan tertiarap di atas kawasan parkir kereta di depan hotel di Pulau Tikus, Isnin lepas.

Sebelum kejadian, mangsa yang berpangkat koperal dan telah berkhidmat dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) lebih 19 tahun dipercayai berada di sebuah pusat karaoke di situ bagi menyambut majlis hari jadi seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Siasatan di lokasi kejadian menemui beg dan selipar sebelah kiri milik mangsa di tingkat dua hadapan sebuah klinik pergigian di bangunan pusat karaoke berkenaan.

Selain itu, pemeriksaan lanjut di tingkat empat bangunan sama, polis menemui cebisan langsir di kaki lima pusat karaoke berkenaan, manakala dompet termasuk kad kuasa dan telefon bimbit mangsa turut hilang. – BERNAMA

Tags: Kes Kematiansoal siasat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd