• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

oleh Ahmad Albab
23/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi membantu pihak berkuasa tempatan mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan yang wajar bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan, kata Tan Sri Lee Lam Thye.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) itu berkata, dalam kejadian baru-baru ini melibatkan seorang budak perempuan berumur 15 tahun mati akibat kemalangan di taman permainan di Kepong patut dijadikan pengajaran bahawa aspek keselamatan di taman permainan tidak boleh dipandang ringan.

Menurut Lee, satu kajian oleh Persatuan Keselamatan Taman Permainan Malaysia (PSAM) menunjukkan bahawa 75.6 peratus daripada taman permainan berada dalam keadaan tidak baik dengan 50 peratus peralatan dan kemudahan di taman permaianan didapati sudah berkarat serta boleh membahayakan kepada kanak-kanak.

“Pihak berkuasa tempatan, dengan bantuan agensi yang mempunyai kepakaran, perlu melaksanakan audit dan mendapatkan Sijil Pemeriksa Keselamatan Taman Permainan (CPSI) untuk bekerjasama dengan kontraktor ketika pemasangan dan penyeliaan taman permainan di bawah bidang kuasa mereka.

“Pihak berkuasa tempatan boleh juga melatih pekerja atau kontraktor mereka agar sentiasa mengawasi taman permainan di samping menyediakan papan tanda di setiap peralatan bagi membantu orang awam mengenai cara penggunaannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lee rantai buaian yang berkarat, bar pemegang dan tempat letak kaki yang tertanggal, spring kerusi goyang yang rosak dan ruang luas di pejalan kaki adalah antara masalah yang terdapat di taman permainan awam di Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata masalah paling biasa ialah permukaan dan lantai di kawasan permainan tidak rata, rosak, reput atau dipenuhi kulat, sudah rosak teruk atau tertanggal daripada lantai konkrit.

“Ini adalah masalah serius kerana dilaporkan 78 peratus daripada kecederaan yang dialami kanak-kanak di taman permainan disebabkan jatuh. Permukaan yang baik boleh membantu mengurang kejutan akibat jatuh tetapi sekiranya rosak ia boleh menyebabkan seorang kanak-kanak itu tersadung dan cedera,” tambah beliau. – BERNAMA

Tags: NIOSHTan Sri Lee Lam Thye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCPF Sokong Babitkan Ibu Bapa Cegah Gejala Sosial

10/11/2018
0

GEORGE TOWN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar kerajaan menggubal...

Patuhi Garis Panduan Keselamatan Bekerja Di Tempat Tinggi

15/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Majikan, termasuk kontraktor penyenggaraan, yang pekerja mereka melakukan kerja di tempat tinggi, digesa melaksanakan tanggungjawab statutori masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd