• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Swasta Disaran Bantu Pesara ATM Dalam Penempatan Kerja

oleh Ahmad Albab
23/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan sektor swasta untuk sama-sama terlibat dalam hal kebajikan pesara tentera terutama dalam penempatan pekerjaan kepada individu yang layak.

Perdana Menteri berkata perhatian sebegini tidak akan merugikan pihak swasta kerana veteran Angkatan Tentera Malaysia generasi baharu memiliki pengalaman dan kepakaran tinggi dalam pelbagai bidang daripada sektor pembuatan makanan sehingga aero angkasa.

“Tentera yang bersara berumur antara 34 ke 42 tahun dan dengan usia yang masih muda pastinya mereka mempunyai masa yang lama untuk menyumbang kepakaran dan pengalaman kepada majikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) ke-52 di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang kemudiannya turut menyampaikan sijil kepada sekumpulan graduan yang terlibat pada sesi pertama konvokesyen berkenaan.

Merujuk kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), Dr Mahathir berkata sektor swasta dijangka kekal menerajui pertumbuhan ekonomi, dengan pelaburan dijangka berkembang 5.7 peratus setahun.

“Inilah platform terbaik untuk syarikat swasta membantu kerajaan hari ini, malah lebih penting sebagai tanda penghargaan tertinggi bagi membalas jasa pengorbanan tentera.

“Marilah kita bersama-sama membentuk negara berpendapatan tinggi sekaligus mengembalikan status Malaysia sebagai Harimau Asia,” katanya.

Perdana Menteri berkata penempatan pekerjaan khas untuk pesara tentera dan anak mereka juga akan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing yang akhir-akhir ini agak berleluasa.

“Saya yakin veteran tentera generasi baharu mampu menjadi sebahagian tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang seperti automatif sekaligus menyumbang kepada Revolusi Industri 4.0,” katanya

Beliau percaya majoriti rakyat sedia maklum mengenai situasi ekonomi negara ketika ini amat mencabar dan keupayaan kerajaan dalam pemberian peruntukan agak terhad.

“Saya berpendapat, kolaborasi PERHEBAT bersama syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan mampu menanganinya.

“Adalah diharap pihak swasta sensitif dan proaktif membantu kerajaan dalam program-program membela kebajikan bakal pesara dan veteran ATM,” katanya.

Tambahnya, kerajaan turut berharap pihak swasta terutamanya syarikat multinasional bersedia menawarkan program latihan khusus untuk bakal pesara dan veteran tentera. – BERNAMA

Tags: Tun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd