• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Ditahan Bantu Siasatan Kes Rogol

oleh Ahmad Albab
23/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Polis malam tadi menahan seorang anggota tentera bagi membantu siasatan selepas disyaki merogol seorang wanita di sebuah hotel di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata suspek lelaki berusia 24 tahun yang berkhidmat di kem tentera di Sarawak itu ditahan di Ibu Pejabat Polis di sini pada 9 malam.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas suspek berhubung dakwaan mangsa, 21 tahun yang dipercayai teman wanita suspek selama empat bulan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan siasatan awal, Nasri berkata sehari sebelum kejadian suspek menghubungi mangsa untuk bertemu dan mangsa ketika itu sedang berehat di tempat kerja di sebuah pusat membeli-belah di Kota Kinabalu.

“Selepas bertemu pada 6.30 petang suspek kemudian membawa mangsa menaiki kereta (perkhidmatan Grab) menuju ke Stesen Bas Inanam dan suspek membeli tiket bas ke Lahad Datu.

“Mangsa merayu untuk dilepaskan suspek namun suspek bertindak menampar muka serta menumbuk perut mangsa, dan sepanjang perjalanan ke Lahad Datu suspek turut mengugut mangsa akan dipukul sekiranya menangis,” katanya.

Di Lahad Datu, Nasri berkata mangsa dibawa ke sebuah hotel dan dipaksa melakukan hubungan seks dan suspek dipercayai turut memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian tangan, perut dan paha dalam kejadian pada 3 pagi.

“Sehari selepas kejadian, mangsa dilepaskan suspek di pusat membeli-belah di Sandakan dan mangsa diambil sepupunya,” katanya.

Menurut Nasri, selepas kejadian itu mangsa dirujuk ke Hospital Lahad Datu dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan baharu serta lebam baru di tangan kiri dan kaki mangsa. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Anggota Tenterakes rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Anggota Tentera Termasuk Seorang Kritikal Dipukul Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR)

Tujuh Anggota Tentera Termasuk Seorang Kritikal Dipukul Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR)

02/04/2026
0

Tujuh Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Satu insiden mengejutkan membabitkan anggota tentera di Kem Bentong, Pahang mencetuskan perhatian apabila...

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan terhadap kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd