• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bola Sepak Perlis Sedia Kembalikan Kegemilangan Singa Utara

oleh Ahmad Albab
22/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pasukan Perlis perlu berusaha lebih gigih terutama memantapkan persefahaman pemain muda dan senior serta fizikal mereka jika berhasrat mengembalikan kegemilangannya dalam kancah bola sepak negara pada musim 2019.

Kejayaan membenamkan Kedah 3-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tuanku Syed Putra malam tadi tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan ‘Singa Utara’ kerana pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana turut membuat persediaan secukupnya.

Dalam perlawanan itu, Kedah mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Mohd Amirul Hisyam Awang Kecik manakala gol Perlis pada separuh masa kedua dijaringkan oleh Mohd Hafizi Amiruddin, Mohd Safee Sali dan Mohd Nazrin Shamsul Bahri.

Menurut ketua jurulatih Manzoor Azwira Abd Wahid pasukan Perlis yang dibarisi hampir separuh pemain baharu yang masih muda belum cukup serasi dengan corak permainan senior di samping keupayaan mengekalkan rentak kurang memuaskan.

“Untuk menghadapi persaingan dalam perlawanan sebenar, permainan taktikal kita harus mantap. Kita tiada masa untuk menguji pemain atau corak baharu apatah lagi jika mereka tidak cukup stamina,” katanya semasa ditemui di sini, hari ini.

Manzoor Azwira berkata latihan selama dua minggu belum mencukupi namun bukanlah alasan untuk pasukan yang dibimbingnya itu bermain di bawah kemampuan mereka.

Beliau berkata tumpuannya selepas ini meningkatkan prestasi, stamina dan mempertajamkan keserasian pemain supaya mereka dapat fokus pada permainan.

Sementara itu Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie yakin Singa Utara akan kembali mengaum setelah 12 tahun tenggelam.

Kehadiran lebih 20,000 penyokong Perlis malam tadi memberi suntikan semangat untuk pemainnya membuktikan mereka mampu mencipta kegemilangan.

Perlis akan menguji barisan pemainnya dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan Pulau Pinang dalam masa terdekat, kata Ahmad Amizal. – BERNAMA

Tags: Liga MalaysiaPFA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014  – Syafiq Rahim

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014 – Syafiq Rahim

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Syafiq Rahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas berjaya melangkah ke...

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd