• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Perancangan Pembangunan Kem Tentera Darat Di Seluruh Negara

oleh Cj Mnh
21/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Tentera Darat (TD) mempunyai program perancangan pembangunan termasuk pembangunan kem TD di seluruh negara, kata Panglima TD Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Beliau berkata kem Rasah di Seremban merupakan satu daripada kem sasaran untuk program pembangunan tersebut.

“Bagaimanapun, sama ada program itu akan dilaksanakan atau pun tidak, itu terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan.

“Apa yang kami nak buat merupakan satu penghijrahan iaitu untuk kebaikan dan ia mengambil kira keadaan semasa, keselesaan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Sarjana Pengurusan Pemerintah Pasukan siri 20/2018 di Institut Pegawai Kanan TD (Inspeka) di sini, hari ini.

Turut hadir Panglima Markas Latihan TD Mej Jen Datuk Wira Md Tajri Alwi, Komandan Inspeka Brig Jen Dr A. Endry Nixon serta Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya (UM) Prof Dr Che Ruhana Isa.

Katanya ATM dan TD dilihat merangkumi tiga aspek utama iaitu kesiagaan, pembangunan dan kualiti hidup.

“Jadi, tiga elemen ini kita synchronous untuk menilai sejauh mana satu ketumbukan itu. Kalau sekiranya ia perlu dijalankan, kita hijrahlah,” katanya.

Hasbullah berkata Kementerian Pertahanan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas iaitu jawatankuasa dasar yang membincangkan perkara mengenai kepentingan ketiga-tiga ketumbukan ATM (TD, TUDM dan TLDM).

“Jawatankuasa dasar ini dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan semua kami bincang termasuk kami bincang baru-baru ini ialah Defence White Paper, bagaimana kita melihat dasar pertahanan negara dan sebagainya,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 36 pegawai dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan (TD, TUDM dan TLDM) menerima sijil kursus mereka masing-masing.

Mereka menyertai kursus itu bermula pada 3 Jan 2018 dan dijangka tamat pada 2 Jan 2019.

Kursus ini melibatkan tempoh pembelajaran selama 12 bulan yang dibahagikan kepada tiga semester iaitu dua semester akademik yang dikendalikan UM dan satu semester ketenteraan yang dikendalikan oleh staf juruarah Inspeka.

Setelah berjaya menamatkan kursus itu, peserta akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Pengurusan oleh pihak UM. – BERNAMA

Tags: Kem Tentera DaratPembangunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Anggota Tentera Termasuk Seorang Kritikal Dipukul Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR)

Tujuh Anggota Tentera Termasuk Seorang Kritikal Dipukul Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR)

02/04/2026
0

Tujuh Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Satu insiden mengejutkan membabitkan anggota tentera di Kem Bentong, Pahang mencetuskan perhatian apabila...

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor

19/08/2022
0

SHAH ALAM: Sebanyak RM6.3 bilion diperuntukkan diluluskan kerajaan bagi tujuan pembangunan di Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd