• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UniMAP Terima Pengiktirafan Lima Bintang QS Stars Rating

oleh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diiktiraf antara universiti terbaik di Malaysia tahun ini setelah mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Sistem Penilaian Quacquarelli Symonds (QS) Stars Rating.

Pengiktirafan itu dibuat oleh QS Intelligence Unit ia­itu sebuah organisasi pengauditan universiti antarabangsa melalui QS World Ran­king yang berpusat di London.

Pengurus Wilayah Asia Tenggara QS Inteligence Unit, Chong E Way menyampaikan sijil pengiktirafan itu kepada Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal pada satu majlis di UniMAP di sini, hari ini.

Zul Azhar berkata UniMAP telah melalui pelbagai penilaian serta menerima pengiktirafan tiga bintang buat kali pertama pada 2013 dan muncul sebagai Universiti Awam (UA) pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan itu.

“Pengiktirafan lima bintang ini membolehkan UniMAP dinilai oleh universiti-universiti di seluruh dunia dan membolehkan universiti kita untuk membuka ruang bagi menjalinkan kerjasama dengan rakan-rakan strategik,” katanya kepada Bernama.

Menurut Zul Azhar, UniMAP merupakan antara 50 universiti terbaik di seluruh dunia yang menyertai QS Rating Stars.

Sementara itu, Chong berkata UniMAP juga antara lapan universiti daripada 21 universiti di Malaysia yang menerima pengiktirafan lima bintang.

Penilaian terhadap UniMAP dibuat berdasarkan sistem pengajaran, pengantarabangsaan, kekuatan program pengajian, penyelidikan, perspektif kesenian dan kebudayaan, kebolehpasaran graduan serta kemudahan, inovasi dan keterangkuman.

“UniMAP telah menunjukkan kemajuan dalam pelbagai aspek sejak 2013 yang melayakkannya diberi pengiktirafan lima bintang,” katanya. – BERNAMA

Tags: UniMAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

PTPTN Sampai Sumbangan Tablet Kepada Penuntut UiTM, Unimap

18/04/2022
0

ARAU : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyumbang sebanyak 50 unit tablet kepada pelajar dalam kalangan golongan berpendapatan rendah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd