• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Rombak PDRM – Ketua Polis P.Pinang

oleh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Tiada keperluan untuk merombak pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kontinjen Pulau Pinang berikutan kejadian kes seorang anggota polis Cawangan Khas yang ditemukan mati dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan hotel di Pulau Tikus, di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A.Thaiveegan berkata kejadian itu adalah kes terpencil dan pihaknya juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden yang menimpa Koperal Sofian Shahari, 47 tahun.

“Saya rasa tiada keperluan untuk merombak pegawai dan anggota dalam pasukan PDRM kontinjen Pulau Pinang ketika ini kerana kami bekerja mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan cuma mungkin setiap petugas perlu tambah baik SOP mereka.

“Berhubung menjalankan pemeriksaan air kencing ke atas setiap pegawai dan anggota, kami memang buat pemeriksaan itu secara rutin ke atas pegawai dan anggota cuma mungkin ada yang terlepas semasa pemeriksaan itu tapi lepas ini ia akan diperketatkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung penahanan lima anggota polis bagi membantu siasatan kes itu dan ujian awal air kencing mendapati mereka positif dadah.

Thaiveegan berkata lima anggota polis berusia 40-50-an dan berpangkat sarjan serta koperal itu telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas pihaknya merekodkan keterangan mereka.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan kes itu sebagai mati mengejut namun jika terdapat unsur jenayah pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang tidak kira suspek yang terlibat sama ada dia anggota polis atau orang awam.

“Polis juga telah kenalpasti beberapa lagi saksi dipercayai dapat membantu siasatan kes itu dan akan memanggil mereka untuk direkodkan keterangan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mayat mangsa, iaitu anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut ditemukan oleh seorang pekerja hotel dalam keadaan tertiarap di atas kawasan parkir kereta di depan hotel di Pulau Tikus, Isnin lepas.

Sebelum kejadian, mangsa yang berpangkat koperal dan telah berkhidmat dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) lebih 19 tahun dipercayai berada di sebuah pusat karaoke di situ bagi menyambut majlis hari jadi seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Siasatan di lokasi kejadian menemui beg dan selipar sebelah kiri milik mangsa di tingkat dua hadapan sebuah klinik pergigian di bangunan pusat karaoke berkenaan.

Selain itu, pemeriksaan lanjut di tingkat empat bangunan sama, polis menemui cebisan langsir di kaki lima pusat karaoke berkenaan, manakala dompet termasuk kad kuasa dan telefon bimbit mangsa turut hilang. – BERNAMA

Tags: Datuk A. Thaiveegan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5,652 Polis P.Pinang Bertugas Hari Pengundian Esok

08/05/2018
0

GEORGE TOWN - Seramai 5,652 anggota polis ditugaskan di seluruh Pulau Pinang bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14...

Kertas Siasatan Dera Amah Hampir Siap

15/02/2018
0

GEORGE TOWN - Kertas siasatan kes kematian pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai didera majikannya dalam kejadian di Taman Kota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd