• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Anti Rasuah Nasional Dilancar 31 Jan

oleh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 (NACP) yang memperincikan usaha kerajaan menangani rasuah serta usaha menangani isu governans, integriti dan antirasuah secara menyeluruh akan dilancarkan pada 31 Januari tahun depan.

Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata antara intipati pelan berkenaan adalah rangkuman beberapa perkara dasar dan elemen penting termasuk manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam memerangi rasuah.

“NACP juga dirangka selepas mengambil kira laporan yang dikemukakan pihak jawatankuasa semakan yang dilantik oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

“Ia antara asas kepada penyediaan NACP selain mengambil kira cadangan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) untuk dikaji dan dimasukkan ke dalam NACP,” katanya.

Abu Kassin berkata demikian dalam taklimat media berkenaan Laporan Pencapaian Akhir Tahun Usaha-usaha Memerangi Rasuah di Malaysia Jun-Disember 2018 di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Ketua Pengarah GIACC Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.

Abu Kassim berkata NACP merupakan satu daripada 61 inisiatif yang diputuskan kerajaan menerusi lima mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) sejak pembentukan kerajaan PH.

“Dengan pelancaran NACP kelak, kita akan mempunyai lebih 100 inisiatif lain yang kesemuanya bermatlamat menutup ruang dan peluang kepada sesiapa untuk terbabit rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata usaha kerajaan PH dalam meningkatkan integriti dan memerangi rasuah menghasilkan kesan positif termasuk keyakinan yang ditunjukkan dunia melalui pengiktirafan UNODC, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). – BERNAMA

Tags: Pelan Anti Rasuah Nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd