• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Samad Dan Lapan Individu Diarah Fail Penyataan Pembelaan

oleh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan lapan individu lain diarahkan memfailkan penyataan pembelaan masing-masing dalam saman dikemukakan syarikat itu yang menuntut ganti rugi RM514 juta berhubung pemerolehan Asia Plantation Ltd. (APL) pada tahun 2014.

Peguam Lavinia Kumaraendran, yang mewakili Mohd Isa memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli hari ini.

Lavinia berkata kesemua defendan itu termasuk anak guamnya diarah memfailkan penyataan pembelaan sebelum atau pada 31 Jan ini.

“Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 12 Feb di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar,” kata peguam itu.

Selain Mohd Isa, individu lain yang perlu memfailkan pembelaan adalah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah; bekas Pengurus Besar Kanan Kluster Hiliran, Rasydan Alias Mohamed; bekas Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha dan lima bekas Pengarah Bukan Eksekutif FGV iaitu Tan Sri Ismee Ismail; Tan Sri Wan Aziz Wan Abdullah; Tan Sri Sulaiman Mahbob; Datuk Nozirah Bahari dan Datuk Fazlur Rahman Ebrahim.

Lavinia turut memberitahu bahawa sembilan defendan itu telah menerima salinan tuntutan saman pada 19 Dis manakala lima lagi defendan lain masih belum menerima tuntutan saman berkenaan.

Mereka ialah bekas Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Kluster Hiliran, Farisan Mokhtar dan empat bekas pengarah bukan eksekutif FGV iaitu Datuk Omar Salim, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Datuk Yahaya Abd Jabar dan Datuk Faizoull Ahmad.

FGV Holdings Berhad selaku plaintif memfailkan saman pada Nov lepas berikutan kerugian yang dialami syarikat itu akibat daripada kegagalan kesemua defendan melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing serta kesetiaan atau kewajipan untuk melakukan penjagaan, kemahiran dan ketekunan yang munasabah.

Menurut kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia, saman tersebut adalah berkenaan dengan pengambilalihan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam APL melalui tawaran tunai bersyarat sukarela pada tahun 2014.

Oleh itu, FGV menuntut RM514 juta untuk kerugian yang timbul daripada pengambilalihan, atau secara alternatif, ganti rugi atau kehilangan dari pengambilalihan yang dinilai oleh mahkamah selain menuntut ganti rugi am, faedah dan kos. – BERNAMA

Tags: Isa Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Tan Sri Isa Samad Dipenjara Enam Tahun

Mahkamah Persekutuan Putuskan Tan Sri Isa Samad Dipenjara Enam Tahun

10/02/2026
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad, 76, akan menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan...

Isa Samad Bayar Jaminan RM700,000, Fail Notis Rayuan

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang disabitkan atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd