• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pertahanan Nafi Laporan Pengambilan 75 Wataniah Berbangsa India

oleh Cj Mnh
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan menafikan mengenai catatan di laman Facebook dan laporan sebuah surat khabar Tamil yang mengatakan pihaknya telah bersetuju mengambil kesemua 75 orang belia berbangsa India yang dilatih Askar Wataniah, meskipun 60 orang daripada mereka tidak memenuhi kelayakan.

Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan berkata kementerian tidak pernah memberi jaminan mengambil kesemua pemohon itu dalam pasukan Wataniah.

“Fakta berkenaan tidak benar. Pihak Kementerian bersetuju untuk mengkaji semula permohonan-permohonan itu supaya mereka yang memenuhi syarat kemasukan tetapi tercicir sebelum ini boleh dipertimbangkan semula,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, keutamaan kemasukan ke perkhidmatan sukarela Wataniah diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau setaraf atau tamat tingkatan 5.

Namun, pihak Wataniah juga mempertimbangkan calon-calon yang memiliki Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan 3 atau sekurang-kurangnya tamat tingkatan 3 di sekolah bantuan kerajaan serta boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

“Kelonggaran ini diberi tanpa mengira kaum dan agama,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: bangsa indiawataniah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd