• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Brazil Bakal Bersara Berdepan Pertuduhan Rasuah

oleh Cj Mnh
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Ketua Pendakwa Persekutuan Brazil Raquel Dodge pada Rabu telah mengemukakan pertuduhan rasuah di Mahkamah Agung ke atas Presiden Michel Temer yang akan bersara.

Pertuduhan itu dikemukakan pada hari terakhir Mahkamah Agung beroperasi tahun ini.

Mahkamah itu bakal memulakan cuti rehat pada minggu-minggu akan datang.

Menurut agensi berita China Xinhua, pendakwaan itu adalah hasil siasatan Polis Persekutuan yang menemui bukti bahawa Temer dan 10 lagi telah mengambil bahagian dalam satu skim bagi membantu beberapa syarikat tertentu yang beroperasi dalam sektor pelabuhan di Brazil.

Menurut para penyiasat, Temer telah menandatangani satu dekri yang mengubah peraturan berkaitan konsesi pelabuhan kepada pentadbiran sektor swasta, sebagai pertukaran untuk sejumlah rasuah yang besar.

Dekri itu dilaporkan telah disesuaikan bagi memihak kepada beberapa syarikat tertentu dalam proses konsesi.

Ia merupakan pertuduhan rasuah ketiga yang dikemukakan terhadap presiden itu.

Dua lagi pertuduhan ditangguh selepas Dewan Perwakilan memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan ketika Temer masih memegang jawatan sebagai presiden.

Bagaimanapun, apabila Temer mengundurkan diri pada 31 Dis, haknya untuk diadili hanya oleh Mahkamah Agung berakhir dan beliau perlu menjawab ketiga-tiga pertuduhan. – BERNAMA

Tags: Presiden Brazilrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd