• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Technology Park Malaysia Lantik Ahli Lembaga Pengarah Baharu

oleh Cj Mnh
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) telah melantik tiga ahli baharu ke dalam Lembaga Pengarahnya (BOD) berkuat kuasa minggu lepas.

Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Sharbani Harun dalam satu kenyataan hari ini memberitahu lembaga pengarah baharu ini terdiri daripada Datuk Abu Samah Bachik, Datuk Mohd Anwar Yahya dan Datuk Mohd Zafir Ibrahim.

Pelantikan itu merangkumi pencalonan Abu Samah sebagai Pengerusi Kumpulan mulai 10 Dis lepas, dan beliau diharap akan membawa pelbagai pengetahuan, pengalaman pengurusan, dasar-dasar tadbir urus korporat dan strategi selepas berada selama 46 tahun dalam sektor awam dan swasta.

Sementara itu, syarikat itu berkata Mohd Anwar mempunyai banyak pengetahuan termasuk pengalaman dalam khidmat nasihat korporat serta kewangan, dasar dan strategi, selain kelayakan akademik dan kecemerlangan profesional.

TPM menambah, pengetahuan serta pengalaman Mohd Zahir yang luas dalam teknologi maklumat dan perkhidmatan awam sememangnya diperlukan dalam pengurusannya bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik dan wawasan ke dalam pengurusan pentadbiran kewangan, kualiti, transformasi serta program inovasi yang terkait dengan aspirasi kerajaan ke atas inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi. – BERNAMA

Tags: ahli lembaga pengarahtpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd