• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Melaka Siap Sedia Hadapi Musim Kemarau

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka bersiap sedia daripada pelbagai aspek termasuk logistik dan keanggotaan bagi menghadapi musim kemarau di negeri ini.

Pengarahnya Nazili Mahmood berkata pihaknya telah menerima sebuah tangki air berkapasiti 20,000 liter pada tahun lepas sebagai persediaan menghadapi cuaca panas dan kering yang diramalkan berlanjutan sehingga Mei.

“Selain itu, kita juga mempunyai sebuah tangki air berkapasiti 10,000 liter selain setiap balai bomba di negeri ini dibekalkan dua jentera yang mampu menampung simpanan air 1,500 liter setiap satu,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata anggota bomba juga ditugaskan mengikut dua syif sehari dan sentiasa bersedia menjalankan tugas dengan kekuatan fizikal dan mental yang konsisten.

Katanya ini kerana pada musim kemarau sekarang pihaknya menerima panggilan kebakaran antara 40 hingga 50 sehari dan kebanyakan kes adalah kebakaran terbuka atau lalang yang melibatkan kawasan yang luas.

Nazili berkata sebanyak 141 daripada 235 panggilan kebakaran yang diterima Januari lepas melibatkan kebakaran terbuka dan ia dijangka meningkat bulan ini.

“Sehingga 15 Feb lepas, sebanyak 394 panggilan kebakaran diterima dan 320 daripadanya adalah kebakaran terbuka,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd