• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Bulanan Am OKU Di N. Sembilan Dinaikkan

oleh
20/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bantuan bulanan am terhadap seramai 2,490 golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Negeri Sembilan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM140 sebulan berkuat kuasa Januari 2019.

​​​​​​​Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Nicole Tan Lee Koon berkata ini merupakan berita baik bagi golongan OKU memandangkan ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

“Selain itu kita juga memperkasakan wanita Negeri Sembilan dengan memperkenalkan ‘Power House’ –Wanita Gemilang (PH GEM) bagi melatih dan melahirkan lebih ramai golongan wanita yang berkemahiran dan berkepimpinan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.​​​​​​​

Tambahnya bagi program PH GEM, sebanyak RM30,000 peruntukan disediakan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Seremban, Kuala Pilah dan Tampin dipilih sebagai daerah perintis sebelum ianya diperluaskan ke daerah-daerah lain.

“Ia bertujuan untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berkemahiran. Sesiapa sahaja atau badan bukan kerajaan yang berminat dan ingin terlibat dalam program itu boleh berjumpa saya dan boleh mohon melalui program PH GEM yang bukan sahaja dapat meningkatkan dari segi ekonomi, kebajikan sosial malah alam sekitar, pendidikan dan pelbagai sektor lain,” katanya.

Turut hadir barisan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak negeri, wakil Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang juga Pengarah Bahagian Warga Emas Azmir Kasim dan Pengarah JKM Negeri Sembilan Mohamad Hapil.​​​​​​​

​​​​​​​Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyarankan pihak yang berkepentingan dalam melestarikan kesejahteraan kanak-kanak, OKU dan warga emas perlu menyediakan satu rangkaian sokongan yang efektif dalam memelihara kesejahteraan golongan ini.

“Pelbagai usaha diambil pihak kerajaan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan ketiga-tiga kumpulan sasar ini serta hubungan yang erat antara sesama masyarakat dapat mewujudkan keharmonian dan aset penting kepada negara,” katanya.

Program anjuran JKM Negeri Sembilan buat pertama kalinya menggabungkan tiga kumpulan sasar ini dalam satu program pada tahun ini dengan penglibatan sebanyak 600 peserta terdiri daripada kanak-kanak, OKU dan warga emas. – BERNAMA

Tags: OKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd