• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Lelaki Indonesia Bantu Siasatan Kes Tetak

oleh Cj Mnh
20/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Polis sedang mengesan seorang lelaki Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita maut manakala dua lelaki yang juga rakan sekerjanya cedera parah dalam kejadian di kilang pemborong makanan sejuk beku, di Kampung Selamat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata siasatan polis mendapati Jonathan Sihotang yang berusia 31 tahun yang telah bekerja lebih setahun dengan kilang berkenaan masih berada di kawasan SPU khususnya Tasek Gelugor dan gerakan mengesannya kini giat dijalankan.

“Lelaki itu kali terakhir dilihat di kawasan kilang berkenaan selepas kejadian tersebut sebelum beredar dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Sport warna biru nombor pendaftaran PBM1524 milik anggota keluarga pemilik kilang tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, ASP Mohd Noor Azman Md Safar di talian 019-5761877.

Sementara itu, Noorzainy ketika ditanya mengenai perkembangan dua lagi mangsa berkata dua remaja lelaki kini masih dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Dalam kejadian 4 petang semalam, mangsa Sia Seok Kee, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan dalam keadaan kritikal selepas diserang seorang lelaki yang bersenjatakan parang.

Siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku berikutan suspek tidak berpuas hati kerana tidak dibayar gaji seperti yang ditetapkan. – BERNAMA

Tags: bantu sisatanburu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

11/10/2025
0

Subang Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd