• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Cabang Kota Marudu Mahu Nurul Izzah Tarik Balik Keputusan

oleh
20/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Marudu mahu Nurul Izzah Anwar menarik balik keputusan meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang selain keputusan tidak mahu memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan.

Ketua Cabangnya Sazalye Donol berkata kepimpinan Nurul Izzah begitu penting pada masa kini bagi terus membakar semangat anggota parti selain puteri reformasi itu turut menjadi pemacu kepada aspirasi perjuangan PKR.

“Dalam pemilihan parti, PKR Cabang Kota Marudu berkempen berhabis-habisan bukan hanya memastikan kemenangan cabang kami tetapi juga untuk memberi kemenangan kepada beliau (Nurul Izzah) demi memastikan agenda reformasi dibawanya sejak 20 tahun lalu kekal relevan hingga kini.

“Kami sentiasa menyokong kepimpinan beliau kerana beliau adalah pemimpin pelapis negara yang begitu lantang bersuara dalam hal pentadbiran, dan pemimpin kerajaan harus memandang serius perkara ini bagi menterjemah agenda reformasi sebenar,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Sazalye berkata kemenangan Nurul Izzah dalam pemilihan parti baru-baru ini juga adalah isyarat daripada semua anggota parti yang mahu beliau menerajui kepimpinan PKR terutama bagi generasi muda.

Pada 17 Dis, Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan mengundur diri sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: Nurul Izzah Anwar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd