• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

209 Rumah Papan Kakitangan LPP Kini “Bagai Rumah Hantu”

oleh
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Sebanyak 209 rumah papan yang didiami kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di seluruh negara disifatkan sangat daif dan usang.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia Datuk Mazlan Aliman berkata kesemua rumah berkenaan yang dibina menggunakan kayu tidak lagi sesuai didiami dan menyifatkan rumah-rumah berkenaan sebagai “rumah hantu.”

“Saya sifatkan rumah yang dibina sejak tahun 1970-an itu kini bagai rumah hantu kerana telah usang dan buruk.

“Saya turut menerima laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyatakan bahawa rumah-rumah papan berkenaan tidak selamat dan ada antaranya, sepatutnya telah diroboh dan dilupuskan, namun masih didiami,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kebakaran rumah kakitangan LPP di Kampung Mawai Baru, dekat sini, petang tadi.

Pada 16 Dis lalu, rumah papan berkembar yang menempatkan dua keluarga di kampung itu, musnah dalam kebakaran. — LAGI

Justeru itu, pihaknya sedang menyiapkan kertas cadangan untuk memohon peruntukan khas sebanyak RM62.7 juta bagi menggantikan kesemua rumah papan itu kepada rumah batu.

Setiap satu yang dianggarkan berharga RM300,000 membolehkan kakitangan LPP dapat mendiami rumah yang lebih selesa dan selamat.

Dalam perkembangan lain, beliau juga memohon agar kerajaan mempertimbangkan bantuan khas persekolahan 2019 kepada semua petani dan peladang di seluruh negara ekoran kejatuhan harga komoditi sawit dan getah. – BERNAMA

Tags: Mazlan Aliman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Khidmat Mazlan Sebagai Pengerusi LPP Ditamatkan

02/04/2020
0

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) menamatkan khidmat Datuk Mazlan Aliman selaku Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)...

ANAK Hilang Arah Lepas Mazlan Aliman Dapat Jawatan?

03/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) didakwa gagal berperanan membela nasib pekebun kecil dan peneroka Felda selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd