• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketamin Dalam Guni Jagung

oleh Ahmad Albab
20/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Guna taktik sembunyikan peket dadah ketamin gred A di dalam guni berisi bertih jagung. Itu taktik terbaru sindiket penyeludupan dadah yang dikesan menggunakan pelabuhan tempatan sebagai pintu masuk membawa dadah ke negara ini.

Bagaimanapun taktik sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyeludup dadah bernilai hampir RM3 juta menggunakan dua kontena mengandungi guni bertih jagung gagal apabila dipatahkan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Sumber berkata, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Narkotik, JKDM melakukan pemantauan terhadap dua kontena di Pelabuhan Klang, Selangor.

Menurutnya, dua kontena itu didapati baru tiba di pelabuhan itu dari Pakistan.

Sumber berkata hasil pemantauan dijalankan, dua kontena itu dikesan membawa masuk barang dagangan yang diisytihar sebagai 700 guni jagung dengan setiap satu kontena membawa 350 guni.

“Hasil pemeriksaan ke atas semua 700 guni berkenaan mendapati 10 daripadanya mengandungi peket kecil berisi serbuk dadah ketamin dianggarkan seberat 145 kilogram (kg).

“Semua bekalan jagung mengandungi dadah itu dipercayai akan dituntut pembelinya di negara ini melalui syarikat ejen pengimport. Bagaimanapun, individu itu tidak muncul hingga hari ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, dadah yang dianggarkan bernilai RM2.9 juta itu dirampas untuk tindakan lanjut.

“Tindakan pembeli terbabit yang juga dipercayai sindiket pengedaran dadah tempatan tidak menuntut jagung berkenaan berkemungkinan kerana suspek sudah mengetahui perangkap dipasang JKDM.

“Dadah berkenaan dipercayai akan diedarkan untuk pasaran dalam negara ini,” katanya.

Pada masa ini, JKDM dipercayai menjalankan kerjasama dengan pihak berkuasa di Pakistan dalam usaha mengesan rangkaian pembekal dan pembeli dadah berkenaan.

Mei lalu, JKDM turut merampas 1.187 tan dadah methamphethamine bernilai lebih RM71 juta di sebuah pasar raya mini di Seri Kembangan, Selangor.

Dalam operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu, lima lelaki berusia 22 hingga 48 tahun ditahan. – myMetro Online

Tags: KastamSeludup Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd