• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Takutkan Pengganas, Ribuan Askar Kawal Seluruh Itali

oleh
21/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROM – Seluruh Itali kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga apabila kerajaan negara itu meluluskan rancangan untuk menempatkan sekitar 4,800 askar bagi meronda jalan-jalan raya di seluruh negara Eropah itu untuk mengesan sebarang serangan pengganas.

Media tempatan pada Rabu melaporkan keputusan secara drastik seolah-olah Itali kini dalam zon perang itu dibuat selepas diadakan mesyuarat tertinggi dalam kalangan pemimpin agensi keselamatan dan pasukan tentera negara Mediterranean itu.

Mereka juga memutuskan untuk mengawal rapi tempat-tempat sensitif sehingga Jun depan susulan serangan berkembar di ibu negara Denmark, Copenhagen akhir minggu lalu oleh seorang pengganas menyebabkan dua maut dan lima cedera.

Selepas Perancis dan Denmark, kini giliran Itali menjadi sasaran keganasan terbaharu militan IS di benua Eropah. – Gambar hiasan

Awal Januari lalu, ibu kota Perancis, Paris turut digemparkan dengan dua serangan berdarah secara berasingan dalam tempoh dua hari yang mengorbankan 12 orang termasuk dua anggota polis tempatan selain mencederakan 17 orang lain.

Menurut media Itali, sekitar 500 askar akan ditempatkan di ibu kota Rom, yang diperketat tahap kawalan keselamatan, termasuk di pejabat diplomatik asing, kediaman diplomat, sekolah antarabangsa, restoran kosher Yahudi dan kuil ibadah Yahudi.

Pasukan tentera Itali lengkap dengan senjata berat juga akan ditempatkan di semua destinasi popular tarikan jutaan pelancong asing termasuk di kawasan tugu peringatan, monumen bersejarah dan bangunan warisan purba terkenal.

Laporan perisikan mendedahkan, Itali adalah sasaran IS seterusnya kerana ia menempatkan Vatican City, pusat kerohanian Kristian dunia. – Gambar hiasan

Jurucakap komuniti Yahudi di Rom, Fabio Perugia memberitahu akhbar berpengaruh Israel, Haaretz, dianggarkan 20,000 orang Yahudi menetap di bandar raya tersebut kini hidup dalam kebimbangan ancaman daripada militan Islamic States (IS).

Vatican City, negara paling kecil di dunia terletak di tengah-tengah Rom juga mengisytiharkan kawalan keselamatan peringkat paling tinggi ekoran dua serangan maut di Copenhagen dan Paris serta pembunuhan kejam penganut Kristian Arab minggu lalu.

Namun ketua pejabat media Vatican City, Father Federico Lombard memberitahu akhbar tempatan, pihaknya setakat ini belum lagi menerima apa-apa maklumat susulan 21 rakyat Mesir beragama Kristian Koptic dipancung kepala di Libya. – Agensi

Tags: ItaliKristianseranganTenteraVatican
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

28/02/2026
0

MILAN — Suasana pagi di bandar Milan bertukar kecoh apabila sebuah trem terbabas sebelum merempuh bangunan di kawasan bandar pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd