• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Masih Adun Rantau Yang Sah – Zulkefly

oleh
19/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN — Status Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau masih sah sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini.

Mahkamah Pilihan Raya itu memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, batal dan tidak sah.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Zulkefly Mohamad Omar berkata beliau tidak mempunyai masalah membenarkan Mohamad menghadiri persidangan DUN kali ini yang berlangsung selama tiga hari bermula Isnin.

“Seminggu sebelum persidangan bermula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan kepada saya bahawa Mahkamah Persekutuan menetapkan 18 Februari depan untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya.

“Mereka (SPR) maklumkan maklumat itu, jadi kita terima. Status beliau (Mohamad) masih lagi ADUN sehingga rayuan didengar jadi bagi saya tiada masalah menghadiri persidangan,” katanya kepada media selepas selesai hari ketiga Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Zulkefly berkata, keputusan untuk membenarkan Mohamad menghadiri persidangan DUN selepas ini bergantung kepada keputusan mahkamah itu nanti.

Bagaimanapun hari ini, Mohamad tidak menghadiri persidangan yang selesai kira-kira jam 5.30 petang itu.

Menerusi sebuah portal berita, sorang peguam, Lim Wei Jit mempersoalkan kehadiran Mohamad pada persidangan DUN selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya itu membuat keputusan itu.

Lim dilaporkan berkata perintah mahkamah itu adalah sah dan perlu dihormati jika penggantungan keputusan tidak diperoleh. — BERNAMA

Tags: Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd