• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petisyen Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Ditandatangani 279,156 Orang

oleh
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petisyen mendesak Senator P Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini ditandatangani lebih 279,156 orang setakat jam 4 petang ini.

Petisyen menerusi tandatangan dalam talian Change.org itu dilancarkan bulan lalu atas beberapa faktor dan digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

Menurut GPS, antara lain ia berikutan tindakan Waytha Moorthy yang memburukkan imej Malaysia pada peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah kononnya rakyat negara ini yang beragama Hindu ditindas.

Pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), yang turut berkeras mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), gagal mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sejak kebelakangan ini walaupun diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai menteri serta mempunyai latar belakang yang agak kontroversi.

Difahamkan, GPS dalam kenyataan di Facebook sebelum ini, mensasarkan untuk mencapai 300,000 tandatangan.

“Ayuh terus viralkan petisyen ini sehingga beliau tumbang. Tiada kemaafan kepada beliau sehingga beliau dipecat dan dibuang kerakyatan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini berkata rakyat boleh membuat petisyen, tapi ia bukan satu arahan untuk Waytha Moorthy meletak jawatan.

Beliau berkata, Waytha Moorthy perlu diberi peluang kerana pemimpin itu baru memulakan tugas sebagai menteri. – BH Online

Tags: waytha moorthy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

27/10/2022
0

Bekas menteri perpaduan, P Waytha Moorthy menyatakan sokongannya kepada BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 bulan depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Waytha Malukan Malaysia Dalam Sesi Dialog Di UK?

25/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Rujukan profil P. Waytha Moorthy dalam satu dialog di United Kingdom (UK) dianggap memalukan Malaysia. Ia berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd