• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Ditipu RM6.7 Juta Oleh Sindiket Macau Scam

oleh Ahmad Albab
19/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 70-an dari Kuala Krai, kerugian sebanyak RM6.7 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan “Macau Scam”.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, di sini, selepas menyedari dirinya ditipu.

Beliau berkata mangsa terpedaya selepas mendapat panggilan daripada individu yang menyamar sebagai kakitangan mahkamah dan mengatakan mangsa mempunyai satu kes mahkamah yang belum diselesaikan.

Katanya, individu itu kemudian memaklumkan mangsa mempunyai satu kes mahkamah yang menggunakan identitinya bagi mendaftar satu perniagaan di Johor, namun mangsa menafikan.

“Individu berkenaan kemudiannya menyambungkan mangsa kepada seseorang kononnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Individu itu memberitahu mangsa kes itu sedang disiasat dan perlu hadir ke mahkamah. Disebabkan bimbang, mangsa kemudiannya membuat beberapa transaksi ke dalam akaun bank yang diberi sindiket dalam jumlah antara RM80,000 hingga RM500,000 bermula Oktober lalu hingga semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, DSP Ahmad Arifin kepada ketua jabatan yang baharu, Supt Ahmad Azizul Mohamed.

Mengulas lanjut Hasanuddin berkata, transaksi yang dibuat berjumlah RM6.7 juta dengan transaksi pertama sebanyak RM500,000 sebelum mangsa membuat laporan polis.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Penipuan membabitkan jumlah ini adalah paling besar tahun ini dan kita menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan ancaman palsu serta sindiket penipuan termasuk menerusi panggilan telefon.

“Kita minta orang ramai maklumkan kepada polis bagi mengelakkan mereka kerugian. Dalam kes ini kemungkinan mangsa yang sudah berusia mudah tertipu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahli PerniagaanSindiket Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Perniagaan Dituduh Terima Deposit Pelaburan Emas RM5 Juta Tanpa Lesen

Ahli Perniagaan Dituduh Terima Deposit Pelaburan Emas RM5 Juta Tanpa Lesen

25/07/2024
2

TAWAU: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai...

‘Ini Klang Bandar Diraja, Bukan Di Colombia’ – KPN

Tergoda Skim Pelaburan Di Laman Sosial, Ahli Perniagaan Rugi RM688,300

04/02/2024
0

KUALA TERENGGANU - Gara-gara tergoda dengan skim pelaburan yang ditawarkan di media sosial, seorang ahli perniagaan berputih mata kerana terpaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd