• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yoshii Agro Global Mahu Perluas Pasaran Sayur-Sayuran Ke Luar Negara

oleh
19/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Syarikat pengeluar hasil pertanian Yoshii Agro Global Sdn Bhd bercadang memperluas pasaran dan mengeksport hasil sayur-sayuran ke luar negara bermula tahun depan.

Ketua Pegawai Operasinya L. Yogeswaran berkata ini susulan pengeluaran kira-kira 12 tan sayur-sayuran ​​​​​​di ladangnya, oshii Agro Care, di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil di sini, semusim.

Ladang di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil itu berkeluasan empat hektar.

Beliau berkata syarikat tersebut mengusahakan 11 jenis tanaman yang mendapat permintaan tinggi dan sering digunakan dalam masakan harian, seperti terung, peria, timun serta sayur-sayuran hijau seperti kangkung, bayam, sawi serta pelbagai jenis cili.

“Pengeluaran sayur-sayuran bagi satu musim iaitu enam bulan mampu menghasilkan tuaian sebanyak enam tan bagi terung, dua tan cili padi, tiga tan timun manakala hasil sayur-sayuran hijau yang dituai pula mampu mencecah RM7,000 sebulan.

“Kita berhasrat memperluas pasaran sayur-sayuran ini di dalam dan luar negara pada Januari depan. Selain itu sayur-sayuran ini juga akan dihantar ke hotel-hotel di seluruh Melaka,” katanya kepada Bernama.

Yogeswaran berkata syarikat itu yang ditubuhkan sejak tiga tahun lepas mempunyai beberapa cawangan ladang tanaman sayur-sayuran iaitu di Kluang dan Simpang Renggam, Johor serta Jempol, Negeri Sembilan yang keseluruhannya berkeluasan 10 hektar.

Mengulas selanjutnya, beliau berkata ketika mula mengusahakan ladang tersebut, beliau hanya dibantu isterinya dengan permulaan modal 3,000 beg poli di kawasan seluas 0.8 hektar.

“Yoshii Agro Care merupakan projek perintis saya dalam bidang pertanian sebelum berjaya meluaskan kawasan ladang ke tempat lain dan mempunyai beberapa cawangan. Selain itu kami juga menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan.

“Pada tahun lepas saya menerima anugerah Malaysia Book of Records kerana mencatatkan penuaian cili terbesar sebanyak 5.2 tan sehari,” katanya.

Menurut beliau, sehingga kini seramai 33 usahawan tani berada di bawah bimbingan syarikatnya dengan 32 projek tanaman yang diusahakan selain menyediakan khidmat latihan dan nasihat.

Katanya syarikat itu juga merancang menubuhkan sebuah pusat inkubasi pertanian sebagai pusat latihan bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani dan memberi peluang kepada mereka memulakan perniagaan. – BERNAMA

Tags: sayur-sayuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Sayur Naik Sehingga 70% Menjelang Tahun Baru Cina

17/01/2020
0

PETALING JAYA - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata hasil tinjauan mereka mendapati berlaku peningkatan ketara harga sayur-sayuran antara 20...

Harga Kubis Naik Mendadak

08/05/2019
0

PETALING JAYA – Proses penilaian dan kelulusan permit import untuk kubis yang makan masa terlalu lama telah menyebabkan kekurangan bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd