• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Kedah Rampas Methamphetamine Bernilai RM121,000

oleh Ahmad Albab
19/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menahan seorang suri rumah warga Thailand serta merampas dadah jenis methamphetamine seberat 2.20 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM121,000 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini, pada petang Ahad lepas.

Pengarah Kastam negeri Datuk Johari Alifiah berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.24 tengah hari sejurus mesin pengimbas bagasi di laluan pejalan kaki berjaya mengesan imej meragukan di dalam beg pakaian berwarna hitam milik suspek.

“Pegawai kastam yang membuat pemeriksaan di dalam beg itu menemui dua bungkusan berbalut pita pelekat warna coklat yang diliputi kertas keras warna kelabu di bahagian dalam di tepi kedua-dua beg yang turut mengandungi pakaian.

“Bungkusan yang mengandungi serbuk putih yang disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 2.20kg kemudian dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, suspek juga baru pertama kali memasuki negara ini dan tidak menolak kemungkinan dijadikan keldai dadah oleh sindiket tertentu.

“Semakan pasport perjalanan suspek mendapati suspek melakukan perjalanan dari Bangkok ke Hatyai sebelum ke kompleks ICQS untuk memasuki negara ini.

“Kita sedang siasat di mana dadah itu diperoleh dan ke mana dadah itu akan dibawa untuk diedarkan dan saya anggap ia satu kes yang sangat serius kerana suspek melalui laluan bagasi bersama penumpang lain,” katanya.

Katanya, suspek yang memiliki tiga orang anak itu kini ditahan direman selama 11 hari bermula 17 Dis lalu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Kastammethaphetamine
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd