• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Ditahan, 302kg Ketum Dirampas Di Padang Terap

oleh Ahmad Albab
19/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Anggota Batalion Ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) menahan seorang lelaki warga Thailand dan merampas 302 kilogram (kg) daun ketum yang dianggar bernilai lebih RM27,000 berhampiran batu sempadan 34, dekat Padang Terap, semalam.

Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari ketika sedang memunggah sejumlah guni putih di sebuah bangsal kayu di dalam kawasan hutan tersebut.

“Pasukan rondaan yang diketuai oleh Mejar Mohammad Redzuan Jaffar menghampiri bangsal kayu yang mencurigakan sebelum melihat seorang lelaki sedang memunggah guni putih lalu diletakkan di atas motosikal.

“Lelaki berusia 28 tahun itu kemudian ditahan dan pemeriksaan lanjut menemui 10 guni putih serta tiga plastik hitam berisi daun ketum seberat 302kg bernilai lebih RM27,000 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, bangsal itu dipercayai dijadikan transit untuk menyeludup daun ketum yang mendapat permintaan dan harga tinggi di Thailand.

Turut dirampas, sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran Thailand yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2,000.

Semua daun ketum dan motosikal itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: Daun Ketumwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd