• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencapaian Harimau Malaya Bukti Kesungguhan FAM

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia muncul naib juara Piala AFF Suzuki 2018 membuktikan usaha yang sedang dilakukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mengangkat kembali martabat bola sepak negara di mata dunia.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata pencapaian itu amat diperlukan FAM yang kini sudah bersedia untuk ‘berlayar’ lebih jauh keluar daripada zon selesa dan bersaing dengan kuasa besar bola sepak di rantau Asia.

“FAM memerlukan pencapaian ini untuk menunjukkan bahawa kita mempunyai hala tuju dan telah mengorak langkah membuat persiapan baharu…apa yang penting kejayaan itu membuktikan kita sudah mula bergerak ke hadapan bagi meningkatkan lagi mutu bola sepak negara.

“Kita (pasukan negara) masih ada banyak kejohanan besar yang kita sasarkan…jadi kalau kita masih terkial-kial di peringkat Asia Tenggara macam mana kita nak melonjakkan pasukan ke peringat Asia,” katanya pada rakaman program UPSOUND terbitan Bernama News Channel di sini, hari ini.

Malaysia terpaksa berpuas hati merangkul gelaran naib juara Piala AFF Suzuki 2018 selepas tewas 2-3 secara agregat kepada Vietnam pada aksi final.

Kejayaan mara ke pentas akhir itu menyaksikan Malaysia menampilkan semangat juang yang tinggi sepanjang kempen kejohanan termasuk menyingkirkan penyandang juara, Thailand setelah mengikat skuad ‘Gajah Perang’ itu 2-2 di Stadium Nasional Rajamangala pada aksi separuh akhir kedua.

Sementara itu, Yusoff Mahadi berpendapat semangat ditonjolkan pasukan itu adalah satu perkembangan positif untuk menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa pemain kebangsaan tidak mempunyai keinginan bermain untuk negara.

“Kejayaan muncul naib juara tidak dapat dicapai tanpa semangat pemain ini. Kalau dulu orang pertikaikan semangat pemain yang mudah luntur….tapi kali ini kita dapat lihat dalam beberapa perlawanan kita berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan.

“Semangat berlawan itu sudah ada dalam diri pemain generasi hari ini. Tugas kita di FAM adalah macam mana nak tingkatkan dari segi taktikal dan kualiti pemain. Tiada lagi isu pemain dipilih tidak ada semangat mewakili negara,” tambah beliau.

Sebagai rekod, Malaysia pernah dinobatkan sebagai juara pada edisi 2010 dan muncul naib juara sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1996, 2014 dan 2018 sepanjang penyertaan dalam kempen Piala AFF Suzuki. – BERNAMA

Tags: FAMmutu bolasepak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd