• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Pantai Irama, Bachok

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Dua beradik dikhuatiri lemas ketika sedang mandi bersama tiga rakan di Pantai Irama di sini, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Pegawai Bomba Kanan II Abdul Razak Abdul Rahman berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Mohd Fidaus Mat Adam, 24, dan adiknya Mohd Faiz, 19, hilang dibawa arus dalam kejadian pukul 9 pagi ini.

“Seorang rakan mangsa dikenali sebagai Raja Amir Hamzah, 11, dapat diselamatkan oleh orang awam yang melihat kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, dua lagi rakan mangsa dapat menyelamatkan diri masing-masing.

Abdul Razak berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok dan empat anggota skuba dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan melancarkan gerakan mencari kedua-dua mangsa bermula pukul 9.45 pagi ini sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.23 pagi.

Beliau berkata, dua beradik dan tiga rakannya mandi di pantai berkenaan sempena cuti Tahun Baharu Cina dan gerakan mencari dan menyelamat agak sukar berikutan keadaan ombak yang tinggi. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd