• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makam Purba 4,400 Tahun Ditemui Di Mesir

oleh Ahmad Albab
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Sekumpulan ahli arkeologi Mesir menemui makam milik seorang pendeta yang dianggarkan berusia kira-kira 4,400 tahun yang dihiasi tulisan hieroglif dan sejumlah patung di dalam kompleks piramid purba Saqqara, selatan Kaherah baru-baru ini.

Makam sepanjang 10 meter (m) dan 3m lebar itu dikatakan milik Wahtye, pendeta yang berkhidmat pada era pemerintahan Dinasti Kelima Firaun Neferirkare Kakai antara tahun 2500 hingga 2300 Sebelum Masihi.

Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri menyatakan makam berwarna terang itu mempunyai sebanyak 24 buah patung dipercayai milik ahli keluarga pendeta itu belum pernah diusik setakat ini.

Menteri Antikuiti Mesir, Khaled el-Enany menyifatkannya sebagai penemuan terakhir bagi tahun 2018.

Pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak peninggalan purba akan ditemui dalam masa terdekat selepas kumpulan penyelidik menjumpai beberapa laluan baharu yang mungkin membawa kepada penemuan makam atau peninggalan lain. – Agensi/Kosmo Online

Tags: makamMesir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd