• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kontrak Dipenjara 6 Bulan Kerana Miliki Motosikal Curi

oleh Cj Mnh
17/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana memiliki motosikal curi.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Pui Seng ,45, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin, dan mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 5 Dis lepas.

Mengikut pertuduhan pilihan, lelaki itu didakwa dengan curang memiliki sebuah motosikal milik Mokhtar Marji, 30, yang bernilai lebih kurang RM2,000 yang mana tertuduh tahu untuk mempercayai ia adalah harta curi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan OC 9 Batu Arang, Gombak, Selangor pada pukul 5.00 petang, 5 Dis lepas mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, manakala Chow yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia telah insaf. – BERNAMA

Tags: motosikal curiPekerja Kontrak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Diberkas Lerai Motosikal Curi

Dua Lelaki Diberkas Lerai Motosikal Curi

24/09/2023
0

SUBANG JAYA - Polis memberkas dua lelaki kerana disyaki meleraikan komponen motosikal curi di Jalan SS15/4C Subang Jaya dekat sini...

Sambung Semula Perkhidmatan Pekerja Kontrak – Cuepacs

16/06/2020
0

Kerajaan digesa menyambung semula perkhidmatan kesemua 603 orang pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan yang telah tamat dan akan tamat tempoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd