• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Adil Desak Bekas Anggota Parlimen, Adun UMNO Letak Jawatan

oleh Cj Mnh
17/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU GAJAH – Gesaan sesetengah pihak supaya bekas anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang keluar parti supaya meletak jawatan adalah tidak adil, kata Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata ini kerana mengikut undang-undang pilihan raya, anggota Parlimen atau ADUN yang meletakkan jawatan dilarang untuk bertanding selama lima tahun dalam mana-mana pilihan raya.

“Itu hak mereka (anggota Parlimen atau ADUN UMNO) keluar parti dan mahu beralih kepada parti lain, ” katanya ketika diminta mengulas mengenai desakan pemimpin UMNO yang mahu anggota Parlimen atau ADUN yang keluar parti itu perlu meletakkan jawatan.

Mohammad Nizar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah negeri berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Program Kembali ke Sekolah anjuran Yayasan Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Sungai Rapat di Arena Square di sini hari ini.

Pada program itu, seramai 250 pelajar sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan set pakaian sekolah, stokin, kasut, beg dan alat tulis.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mendesak bekas anggota Parlimen dan ADUN UMNO di Perak yang keluar parti, meletak jawatan kerana mengkhianati amanah diberikan rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – BERNAMA

Tags: desakletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat...

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menegaskan keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd