• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belgium Julang Trofi Hoki Piala Dunia

oleh
17/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Belgium muncul negara keenam menjulang trofi hoki Piala Dunia selepas menewaskan juara tiga kali Belanda 3-2 menerusi penentuan penalti di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, semalam.

Berkesudahan tanpa jaringan dalam masa sebenar memaksa aksi diheret ke penentuan penalti yang turut menyaksikan awalnya kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas mengambil lima pukulan dalam pertarungan final ‘gergasi Eropah’ itu.

Florent van Aubel kemudiannya menyempurnakan penalti untuk meletakkan Belgium di depan sebelum percubaan penalti penyerang Belanda, Jeroen Hertzberger tersasar ke tepi gawang untuk finalis edisi lalu itu dikecewakan sekali lagi.

“Sukar untuk menggambarkan rasa bangga saya ketika ini,” kata pertahanan Belgium, Arthur Van Doren yang dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan.

“Satu lagi persembahan hebat dan perlawanan yang sengit. Kami tahu Belanda sebuah pasukan yang kuat, mereka sudah membuktikan sepanjang kejohanan. Saya terlalu gembira. Kini kami adalah juara dunia dan berhak ke atasnya.”

Belanda gagal menyudahkan dua peluang pukulan sudut penalti berturut-turut di suku kedua, namun sukar untuk membandingkan pasukan mana yang mempunyai bahagian pertahanan yang kukuh mahupun barisan serangan yang kreatif.

Belanda seharusnya turun dengan keyakinan tinggi ke penentuan penalti selepas berjaya menumpaskan juara dunia dua kali, Australia di separuh akhir menerusi situasi sama, Sabtu lalu.

Hertzberger dan Jonas de Geus meletakkan mereka di depan 2-0 sebelum ketangkasan penjaga gol Belgium, Vincent Vanasch menafikan giliran penalti Belanda Sev van Ass dan Thijs van Dam manakala Van Aubel dan Victor Wegnez kembali mengikat kedudukan buat The Red Lions.

Belgium meraikan apabila Arthur de Sloover menyumbat penalti, namun Belanda menggunakan bantuan video dan ulang tayang menunjukkan bola terkena kakinya untuk menambah drama penentuan penalti.

Bagaimanapun, malam gemilang akhirnya menjadi milik Belgium yang makin mencipta nama di pentas dunia sejak empat tahun kebelakangan ini hasil program pembangunan menyeluruh termasuk melantik jurulatih hebat dari Belanda untuk membangunkan hoki di peringkat akar umbi.

Ia selepas Van Aubel berjaya menjaringkan gol penalti sudden death dan percubaan pukulan kilas Hertzberger melambung tinggi melepasi palang gol untuk kem Belgium meraikan penuh bergaya.

Terdahulu, Australia meratah England 8-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga. – REUTERS

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd