• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Tidak Terima Pemohonan Keahlian Secara Membuta Tuli

oleh
16/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan secara membuta tuli menerima permohonan untuk menyertai parti itu daripada mana-mana individu tidak kira mereka ternama atau orang biasa, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata setiap permohonan keahlian akan melalui proses saringan dan tapisan supaya penyertaan mereka dalam Bersatu tidak bercanggah dengan matlamat parti dan tidak bertentangan dengan peraturan yang diamalkan parti.

“Mereka perlu lalui tempoh masa ‘cooling period’ sebelum menyertai mana-mana parti. Kita juga ada tempoh masa mengikut kesesuaian diberikan kepada mereka yang mahu sertai Bersatu iaitu saringan dan mesti memenuhi beberapa perkara umpamanya tidak ada kes rasuah, salah guna kuasa dan jenayah.

“Jadi, ini bermakna apabila Bersatu menerima borang permohonan, kita ada proses dan prosedurnya selain tidak buat secara automatik iaitu menerima dengan membuta tuli. Ada juga antara mereka yang awal-awal lagi kita sudah tolak,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Bersatu Melaka 2018 di Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang juga Menteri Pembangunan Usahawan.

Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh mendakwa kebanyakan anggota UMNO sudah membuka mata berhubung parti itu yang kini dilihat pincang dan tiada hala tuju dalam mempertahankan hak bangsa Melayu.

“Kita lihat mereka kini semakin sedar, insaf dan mereka tahu apa yang mereka buat (sebelum ini) salah. Sekarang, mereka tahu bahawa parti lama pun dah tak seperti dahulu lagi. Jadi mereka berhijrah. Atas dasar persefahaman kita tak harus menolak (permohonan) mereka begitu sahaja,” katanya.

Muhyiddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gambir berkata beliau mengakui ada antara pemimpin UMNO yang ingin mengubah haluan dan menyertai pimpinan Pakatan Harapan pernah menentang barisan pemimpin kerajaan hari ini.

Beliau berkata namun parti perlu memandang perspektif yang baharu dan sekiranya masih berada ditampuk lama dengan hanya menimbang perkara lepas, ia bermakna parti gagal menyusun strategi yang betul.

Rabu lepas, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

Enam lagi wakil rakyat UMNO di Semenanjung meninggalkan parti pada Jumaat lepas dan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik hari ini mengumumkan keluar UMNO serta menyerahkan borang keahlian memohon menyertai Bersatu. — BERNAMA

Tags: Muhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd