• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrir Pertahan Zahid, Bidas Pemimpin Desak Presiden Umno Letak Jawatan

oleh
16/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemimpin UMNO Tan Sri Shahrir Samad hari ini membidas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan parti itu yang berterusan mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO sedangkan mereka sendiri bukan lagi anggota parti.

Ketua UMNO Johor Bahru itu berkata sebagai bekas anggota UMNO, mereka tidak layak membuat desakan itu kerana Ahmad Zahid dipilih oleh parti.

“Kalau nak keluar, keluarlah… ini yang menderhaka boleh menuntut pula kononnya jika presiden tidak letak jawatan maka lebih ramai anggota akan keluar. Itu tidak betul tempatnya.

“Janganlah hendak mengalihkan perhatian dengan menuduh orang lain tidak patuh sedangkan yang tidak patuh ialah awak (mereka yang keluar parti),” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Johor Bahru di sini.

Bekas Anggota Parlimen Johor Bahru itu mengulas dakwaan kononnya lebih ramai anggota UMNO akan meninggalkan parti sekiranya Ahmad Zahid masih enggan berundur.

Mengulas lanjut, Shahrir juga berkata beliau secara peribadi tidak faham mengapa Ahmad Zahid terus didesak meletak jawatan sedangkan presiden UMNO itu patuh terhadap kehendak pemimpin peringkat akar umbi.

“Kalau saya perhatikan, dari awal dahulu sewaktu Ahmad Zahid menjadi pemangku presiden, beliau pernah menyarankan parti agar melakukan amalgamansi (penggabungan) dengan parti-parti lain sebagai hala tuju baharu di masa depan tetapi UMNO telah menolaknya.

“Selain itu, Pemuda UMNO juga pernah menyuarakan agar jangan UMNO menyertai kerajaan melalui pintu belakang dan terus menjadi pembangkang berwibawa dan saranan dan pendapat itu dipatuhi Ahmad Zahid.

“Jadi, bukanlah Ahmad Zahid yang menolak keputusan dan pendirian UMNO tetapi mereka yang melompat (parti) inilah yang sebenarnya bergerak ke arah amalgamasi ataupun masuk kerajaan mengikut pintu belakang. Mereka inilah yang melanggar dan mengetepikan saranan dan pandangan pemimpin-pemimpin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid HamidiTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd