• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sentiasa Bantu Perkasa Usahawan Wanita Dari Sabah

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu memperkasakan usahawan wanita di negeri ini selaras dengan perkembangan teknologi dunia masa kini.

Sehubungan itu, Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata kementeriannya sangat mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak termasuk Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) untuk menjayakan pelbagai program keusahawanan khususnya untuk golongan wanita bagi merealisasikan usaha berkenaan.

“Sebelum ini, kementerian telah menaja peserta ‘Creating Millionaires Among Young Women Entrepreneurs’ (CreaM@YWE) untuk bersama-sama memperagakan dan menjual produk mereka di beberapa ekspo termasuk di Pameran Halal Borneo Antarabangsa di Indonesia dalam usaha melonjakkan usahawan wanita di negeri ini sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Selain itu, kementerian juga akan memberi pertimbangan kepada mereka yang layak untuk menerima geran yang tertentu untuk mengembangkan lagi produk dan rantaian niaga usahawan wanita berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Ben Chong pada Majlis Perasmian Graduasi CreaM@YWE di sini hari ini.

Madius berkata program CreaM@YWE perlu diteruskan di masa-masa akan datang kerana ia merupakan platform untuk mewujudkan kumpulan usahawan wanita muda yang berjaya di negeri ini.

“Kita perlu terus memastikan para wanita sentiasa bersiap sedia melengkapkan diri bagi menempuhi alam keusahawanan yang kini semakin pesat membangun selaras dengan perkembangan teknologi dunia,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 40 usahawan wanita menerima sijil CreaM@YWE iaitu satu program yang bertujuan melahirkan jutawan dalam kalangan usahawan wanita di negeri ini.

Program yang dilancarkan pada 23 Sept lepas itu memfokuskan terhadap usahawan wanita berusia antara 18 dan 35 tahun serta mempunyai perniagaan sendiri, selain berpotensi besar untuk berjaya dalam bidang perniagaan. – BERNAMA

Tags: Kerajaanusahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd