• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aini Sophi, Nur Hazwani Menang Miss Dan Mrs Malaysia Kebaya 2018

oleh
15/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aini Sophi Shamsol Zainal,18, dari Melaka merangkul Anugerah Miss Malaysia Kebaya 2018 pada Grand Final Miss and Mrs Malaysia Kebaya 2018 malam ini.

Beliau turut memenangi Anugerah Popular Kebaya 2018 dan juga Anugerah Fotogenik Kebaya 2018.

Bagi Anugerah Mrs Malaysia Kebaya 2018 pula dimenangi oleh Nur Hazwani Che Rahim, 30 dari Kuala Lumpur.

Sepuluh finalis daripada pelbagai latar belakang berjaya ke peringkat akhir kategori Miss Malaysia Kebaya 2018 manakala tujuh orang finalis bagi kategori Mrs Malaysia Kebaya 2018.

Finalis-finalis ini dinilai berdasarkan reka bentuk baju, ucapan, cara dan lenggok berjalan serta karakter di atas pentas oleh juri-juri berpengalaman.

Anugerah yang masuk tahun keenam penganjurannya itu disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Rashidi Hasbullah.

Turut hadir ialah Presiden Miss Kebaya Malaysia, Jason Hee.

Terdahulu, Rashidi dalam ucapannya berkata kementeriannya menjangkakan ketibaan 30 juta pelancong ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 juga, Rashidi berkata baju kebaya juga bakal diangkat sebagai pakaian tradisi utama untuk diperkenalkan ke peringkat antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Kebaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenamaan Tingkat Nilai Kebaya Golongan Muda

08/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Pertandingan Miss Malaysia Kebaya (MMK) membuka peluang kepada penjenamaan semula pakaian tradisi kebaya selain mempromosikan budaya tempatan...

Anak Jati Penang Pilih Baju Kebaya Ke Anugerah Emmy

23/09/2016
0

BANGGA dengan pakaian tradisional, anak kelahiran Pulau Pinang, Poh Si Teng kelihatan memukau apabila mengenakan baju kebaya ketika menghadiri acara tahunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd