• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AFF Akan Siasat Dakwaaan Jumlah Penonton Melebihi Kapasiti SNBJ

oleh
14/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung jumlah keseluruhan penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada malam perlawanan akhir pertama antara Malaysia dengan Vietnam, pada 11 Dis lepas, yang dikatakan melebihi kapasiti stadium berkenaan.

Setiausaha Agung AFF, Datuk Seri Azzuddin Ahmad berkata selepas berakhirnya perlawanan final kedua esok di Hanoi, serta kembalinya beliau ke Kuala Lumpur, satu penyiasatan secara menyeluruh akan dilakukan.

“AFF akan berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mendapat maklumat terperinci bagaimana jumlah penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di SNBJ yang dilihat melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya.

Buat masa ini pihak AFF ingin mencari punca apa yang sebenarnya yang berlaku dahulu sebelum membuat komen yang selanjutnya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui sebelum mesyuarat pengurus pasukan di Ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), di sini hari ini.

Menurut laman sesawang rasmi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), SNBJ boleh menampung seramai 85,000 penonton dalam satu masa manakala pada malam perlawanan akhir berkenaan, jumlah rasmi penonton yang diumumkan di stadium ialah 88,482 penonton.

Namun, lebih parah, berdasarkan laporan media tempatan, pengiraan mata kasar yang berada di dalam stadium berkenaan pada malam itu dikatakan melebihi 100,000 penonton.

Ia sesuatu perkara serius yang diperlu diperhalusi oleh FAM pada masa akan datang supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku pada stadium “keramat” skuad Harimau Malaya itu.

Dalam pada itu, dalam perkembangan lain, Azzuddin berkata VFF telah mengambil inisiatif sendiri dengan memperhebat langkah-langkah keselamatan dengan lebih komprehensif untuk penyokong kedua-dua pasukan yang datang ke stadium My Dinh untuk aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, esok.

“Pihak FAM juga menekankan faktor keselamatan bagi penyokong Malaysia yang hadir di Hanoi bagi memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan.

“Saya percaya pihak Vietnam juga mengambil langkah keselamatan yang menyeluruh, di mana semua agensi keselamatan negara itu akan terlibat mengawal kelansungan perlawanan itu nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala AFF Suzuki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hujan Tidak Halang ‘Ekor’ Sambut Harimau Malaya

16/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Hujan lebat tidak menghalang ratusan penyokong hadir di Dataran Merdeka malam ini untuk memberi sokongan kepada skuad...

Piala AFF Suzuki 2018 Bukti Semangat Patriotisme, Kebersamaan Rakyat Malaysia

16/12/2018
0

KUALA PILAH - Walaupun pasukan Harimau Malaya tewas di Hanoi, semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd