• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Alor Setar Turut Mahu Zahid Letak Jawatan

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pemuda UMNO Alor Setar hari ini turut mengambil pendirian sama seperti Pemuda UMNO Sabah yang mendesak agar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai Presiden parti itu.

Ketuanya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, sebagai mewakili suara akar umbi parti yang semakin gelisah dengan krisis yang melanda UMNO, pihaknya berpendapat tindakan itu adalah demi kelangsungan dan hala tuju parti agar terus bergerak ke hadapan.

“Kami berpendapat, Datuk Seri (Ahmad Zahid) telah gagal menunjukkan sikap kepimpinan yang tegas, karisme serta gagal menunjukkan hala tuju yang jelas tentang haluan masa hadapan parti menyebabkan anggota Parlimen dan sebahagian kepimpinan bahagian telah membawa haluan masing masing.

“Sejak dari memangku jawatan Presiden sehingga dilantik menjadi Presiden, tidak kelihatan apa usaha bersungguh-sungguh beliau menyuntik semangat anggota dan memperkuatkan apa fokus parti yang sebenar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta agar bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertimbang desakan berkenaan sekaligus memikirkan kepentingan rakyat yang masih menaruh harapan dan simpati terhadap UMNO.

Rabu lepas, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

Hari ini, enam lagi wakil rakyat UMNO dilapor meninggalkan parti. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidiletak jawatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Afnan Hamimi Taib Azamudden menyindir keputusan Anthony Loke Siew Fook yang...

Sepatutnya Ahmad Zahid Letak Jawatan, Bukan Anthony Loke – Naib Pengerusi DAP Johor

Sepatutnya Ahmad Zahid Letak Jawatan, Bukan Anthony Loke – Naib Pengerusi DAP Johor

20/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa sepatutnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd