• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Naikkan Elaun Kritikal Bomba Dikaji

oleh Ahmad Albab
14/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mencadangkan kenaikan elaun kritikal untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) supaya lebih setimpal dengan cabaran dan risiko dihadapi anggota dalam menjalankan tugas.

Menterinya Zuraida Kamarudin berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam berkenaan kaedah pemberian elaun kritikal untuk anggota JBPM.

“Sudah tiba masanya untuk kita pertimbang naikkan (elaun kritikal) kerana kerja bomba ini berbahaya malah kerja-kerja bukan dalam skop tugas pun mereka buat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kuarters Bomba Johor, di Kempas, hari ini.

Pada Julai tahun ini, Zuraida berkata KPKT memperuntukkan sebanyak RM35 juta bagi pemberian elaun kritikal kepada anggota JBPM, yang memberi manfaat kepada kira-kira 13,000 anggota JBPM di seluruh negara.

Tambah Zuraida, setiap anggota bomba dijangka menerima sebanyak RM250 seorang bagi elaun kritikal pada setiap bulan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zuraida memuji pasukan beruniform itu yang bertarung nyawa dalam menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat.

Oktober lalu, enam anggota bomba dan penyelamat meninggal dunia sewaktu operasi menyelamatkan mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, di Selangor manakala November lepas pula, seorang anggota Bomba dan Penyelamat cedera parah setelah diserang sekumpulan perusuh dalam satu rusuhan di sekitar Kuil Maha Mariamman, di Selangor.

Sementara itu, Zuraida berkata bomba masih kekurangan sekitar 3,000 anggota di seluruh negara.

Justeru, KPKT mempelawa masyarakat, terutamanya golongan muda untuk menyertai pasukan itu sekali gus dapat menabur bakti kepada masyarakat.

“Kita minta untuk rakyat terutamanya orang muda, saya galakkan sertai bomba. Ini kerana ia satu kerjaya yang amat murni dan dapat membina disiplin diri,” katanya.

Zuraida berkata, terdapat lebih 100 kekosongan untuk diisi dalam JBPM Johor misalnya.

Selain itu, JBPM kini mempunyai sekitar 14,000 anggota termasuk sukarelawan.

Mengulas mengenai persediaan menghadapi banjir, beliau berkata cuti anggota JBPM telah dibekukan. – BERNAMA

Tags: BombaElaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd