• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Arahan Larang Penceramah Agama Keluar TV, Radio

oleh Ahmad Albab
14/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak pernah mengeluarkan arahan menyekat atau melarang beberapa penceramah agama untuk keluar di televisyen dan radio seperti yang tular dalam media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun menasihatkan agar penceramah agama untuk mengikut tiga teras yang diperjuangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya ingin ke udara.

“Penceramah dan pengkuliah yang mahu muncul di TV di dalam program kita mestilah memahami tiga teras yang kita perjuangkan iaitu Rahmatan Lil Alamin, maqasid syariah dan modul Malaysia.

“Dalam apa juga yang mereka sampaikan selagi tidak bercanggah dengan tiga perkara ini maka kita mengalu-alukan, kita bukan nak sekat sesiapa hanya kerana kita tidak suka dia tapi lebih kepada kita hendak lihat content (isi),” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Nasional Amanah 2018 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tular di aplikasi Whatsapp dan Facebook berhubung beberapa nama penceramah agama yang dilarang keluar di televisyen dan radio antaranya Ustaz Ahmad Dusuki, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Shamsul Debat, Ustaz Azhar Idrus dan Dr Redzuan Tee.

Beliau turut menegaskan agar perkara itu tidak ditularkan tanpa asas semata-mata untuk menimbulkan keraguan dan provokasi terhadap PH.

“Seperti saya katakan selagi tidak menggangu tiga teras itu, kita (JPM) tidak pernah ada mengeluarkan arahan mahupun sekarang ini kita rasa ada sesetengah ustaz yang tidak memberi pandangan yang baik tapi kita tidak pernah menyekat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawapenceramah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kenyataan PAS tidak bersedia untuk menyertai 'Rumah Bangsa' anjuran Presiden UMNO menunjukkan parti itu tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd