• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKNS Komited Terapkan Ilmu Keusahawanan Kepada Usahawan Muda, Bumiputera

oleh Cj Mnh
14/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sentiasa komited menerapkan ilmu keusahawanan dalam kalangan usahawan muda dan Bumiputera sebagai usaha memperkukuh reputasi mereka dalam bidang tersebut.

Ketua Pegawai Korporat PKNS, Siti Zubaidah Abd Jabar berkata antara insiatif yang terus digerakkan perbadanan itu dalam membantu kumpulan usahawan itu ialah menerusi program Graduate Realizing Opportunities Way Forward (Grow) dan Sub Kontraktor Bumiputera (SKB).

“PKNS komited dalam usaha melahirkan masyarakat usahawan menerusi pelbagai program yang telah disusun untuk mereka sejak 2006 lagi.

“Ini termasuk program Grow yang membimbing usahawan muda yang berpotensi untuk meneroka peluang perniagaan melalui pembelajaran dan pengalaman berniaga serta SKB yang memberi peluang kontraktor tempatan menyertai kursus atau latihan berkaitan pembinaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Grow dan Pentauliahan SKB yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Selangor Rodziah Ismail.

Siti Zubaidah berkata menerusi program Grow sebanyak 303 syarikat telah berjaya diwujudkan sepanjang tempoh 2006 sehingga kini dengan hasil jualan keseluruhan mencecah RM19.1 juta.

“…dan 27 orang usahawan program Grow pada tahun ini pula telah mencatatkan rekod jualan keseluruhan sebanyak RM1.81 juta dalam tempoh enam bulan bermula April lepas,” katanya.

Bagi program SKB pula, Siti Zubaidah berkata PKNS turut memberi pengiktirafan kepada syarikat kontraktor tempatan yang banyak memberi sumbangan dalam industri pembinaan.

Katanya, pengiktirafan itu juga secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan yang ditawarkan syarikat kontraktor berkenaan.

“Kelebihan menyertai program SKB ini juga adalah syarikat terbabit berpeluang menyertai sebut harga bagi projek hartanah PKNS yang mana sebut harga tersebut tidak disertai kontraktor luar,” katanya. – BERNAMA

Tags: PKNSusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

TVET Lonjak Potensi Usahawan

26/06/2022
0

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd