• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tipu Akaun: Pendakwaraya Serbu Samsung BioLogics

oleh Cj Mnh
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Pendakwaraya Korea Selatan pada Khamis menyerbu pejabat utama Samsung BioLogics susulan dakwaan terdapatnya penipuan akaun, lapor media tempatan memetik kenyataan Pejabat Pendakwa Daerah Seoul.

Samsung Biologics adalah unit Biofarmaseutikaldari Kumpulan Samsung, konglomerat terbesar di negara itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan pihak pendakwa dan anggota penyiasat menyerbu pejabat utamanya di Incheon, kira-kira 40 kilometer di barat Seoul untuk mengumpul bahan bukti.

Turut diserbu dua lagi firma perakaunan yang bertanggungjawab menjalankan audit untuk Samsung BioLogics.

Serbuan dilakukan kira-kira sebulan selepas pihak berkuasa kewangan negara mendapati Samsung Biopharmaceutical “sengaja” melanggar peraturan perakaunan dan merujuk kes itu ke pejabat pendakwaan untuk disiasat.

Samsung BioLogics ditubuhkan pada 2011 dan melancarkan usaha sama Samsung Bioepis dengan Biogen di Amerika Syarikat (AS) pada 2012.

Ia disyaki menipu akaun syarikat untuk membantu Naib Pengerusi Samsung Electronics Lee Jae-yong, pewaris Kumpulan Samsung mengambil alih pengurusan syarikat daripada ayah beliau pengerusi Lee Kun-hee yang dilaporkan sedang sakit. – BERNAMA

Tags: PendakwarayaSamsung BioLogics
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd