• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TYT Sabah Kini Boleh Berkhidmat Lebih Daripada Dua Penggal

oleh
14/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah bagi menghapuskan tempoh perkhidmatan Yang Dipertua Negeri (TYT) Sabah.

Undian belah bagian yang dijalankan oleh Timbalan Speaker Datuk Ahmad Abdul Rahman mengenai pindaan itu disokong oleh 46 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) manakala 14 tidak bersetuju dan lima ADUN tidak hadir.​​​​​​

Pindaan rang undang-undang itu bagi meminda Perlembagaan negeri Sabah Perkara 2 Fasal (3) yang mengehadkan tempoh jawatan TYT kepada dua penggal.

Seramai 13 ADUN telah membahaskan pindaan Perlembagaan itu yang dibaca kali pertama, kedua dan ketiga hari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pindaan Perlembagaan itu perlu dibuat kerana kedudukan TYT adalah berbeza kerana Yang Dipertua Negeri adalah simbol kepada ketua negeri dan tidak mempunyai kuasa eksekutif.

Mohd Shafie berkata pelantikan TYT bukan berlandaskan tempoh dan kaum semata-mata tetapi berdasarkan kepada kualiti dan tanggungjawab.

“TYT ini dilantik oleh kerajaan negeri bagi memastikan beliau setanding dengan apa yang kita letakkan di dalam Perlembagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie menafikan wujudnya rundingan antara ketua menteri dan TYT mengenai pindaan Perlembagaan itu sambil melafazkan sumpah.

DUN Sabah juga turut meluluskan Rang Undang-Undang Perlombongan (pindaan) 2018 bagi memastikan kerajaan negeri mempunyai kuasa yang membolehkan hasil mineral di negeri ini dapat dikawal dengan baik.

Beliau berkata ordinan perlombongan itu perlu dipinda untuk memastikan ada usaha untuk memperkasakan keupayaan negeri selain memastikan khazanah mineral di peringkat negeri dapat disusun atur dengan baik.

“Perundangan perlu bagi kita untuk mengelakkan pertikaian kerana dari segi bidang kuasa tertentu ada had dan di mana jabatan yang perlu bertanggungjawab. Itu perlu dijelaskan jadi definisi takrifan tentang perlombongan itu perlu ada penjelasan dan cara kita menjelaskan,” katanya. – BERNAMA

Tags: TYT Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Singapura Menghadap TYT Sabah Di Istana Negeri

08/09/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean tiba di Istana Negeri di sini untuk menghadap Yang DiPertua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd